Memaparkan catatan dengan label BILA PENCEN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BILA PENCEN. Papar semua catatan

Rabu, 28 September 2011

BILA PENCEN 12



I

Bila sedar
Masa terus beredar
Satu demi satu rakan pesara
Bersemadi di pusara
Di Tanah Perkuburan
Hilang pangkat dan kedudukan
Ditalkinkan
Tinggal berseorangan
Malaikat di kiri kanan
Mengemukakan soalan
Menerima pukulan
Baru timbul penyesalan
Kurang bekalan
Kurang iman
Kurang amalan
Baru teringat Kuliah Dhuha
Baru fikir 5 dalam 1
Baru mahu bersatu
Baru mahu ikut wahyu
Baru sedar keris telanjang tak laku
Baru bernyanyi tak berlagu
Oh! jangan tinggal daku
Baru menunggu doa
Daripada mat rempit
Daripada GRO
Daripada penagih dadah
Daripada Melayu Glokal
Daripada artis
Daripada aktres

II

Sekarang mantan pesara
Terus menderita
Terus berdukacita

III

Wahai pembaca budiman
Senario ini boleh dielakkan
Dengan iman
Dengan ilmu pengetahuan
Dengan amalan
Dengan menyertai kuliah-kuliah agama
Dengan menghadiri majlis-majlis ilmu
Di masjid
Di surau
Di markas
Supaya kenal Allah
Allah Yang Maha Besar
Allahuakbar



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011

Selasa, 27 September 2011

BILA PENCEN 11



Menanti
Memperbanyakkan amalan
Pergi ke masjid
Solat Tahiyatul Masjid
Iktikaf di masjid
Solat Dhuha maksimum 12 rakaat
Mula-mula terasa penat
Lama-lama terasa lazat
Bila beramal ibadat
Suka membaca Yassin
Macam dapat vitamin
Bila berkawan dengan golongan mukmin
Bila mendengar kuliah agama
Ilmu bertambah di dada
Kenal diri kita
Seorang pesara
Berdoa sentiasa
Supaya mati dalam iman
Supaya mati dalam jihad
Supaya masuk syurga



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011

Isnin, 26 September 2011

BILA PENCEN 10



I

Pesara
Perlu memikirkan pusara
Mahu gembira
Amal soleh berganda-ganda
Betul aqidah dapat pahala
Dalam kubur suasana
Ceria
Bercahaya
Balasan bagi yang percaya
Percaya
Allah Maha Esa
Allah Maha Kuasa
Percaya
Nabi Muhammad s.a.w itu benar
Benar pada perkataan
Bertepatan dengan perbuatan

II

Kenal tipu daya syaitan
Menggunakan
'Wanita, arak dan hiburan

III

Pesara yang bebal
Halal haram semua sental
Sudah berumur masih menggatal
Menonton TV jadi budaya
Masuk kubur pasti kecewa
Dosa besar dibawa
Menderita selama-lamanya



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011

Ahad, 25 September 2011

BILA PENCEN 9



I

Hati ingat Allah
Tindakan pun berhati-hati
Waktu solat dinanti-nanti
Membaharui akujanji
Bertambah yakin dengan mengaji
Dari Maghrib ke Isyak
Baru nampak
Kesyumulan Islam
Bangun waktu malam
Ketepikan tilam
Membesarkan Tuhan semesta alam
Bekerja untuk kemajuan Islam
Siang dan malam

II

Inilah
Pesara yang prihatin
Pesara yang mukmin
Keselamatan di akhirat
Allah jamin



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011

Sabtu, 24 September 2011

BILA PENCEN 8



I

Berani berkata benar
Berani menentang yang mungkar

II

Berani menyokong yang hak
Berani ikut jemaah
Berteraskan Sunnah
Berfaedah
Bila berpindah
Masuk tanah

III

Bersedia menghadapi soalan
Berbekalkan amalan
Berpandukan Al-Quran
Berpaksikan ilmu pengetahuan
Menyeru yang maaruf
Mencegah yang mungkar


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011

Khamis, 22 September 2011

BILA PENCEN 7

Khianati negara. Kes Mykad dan Daftar Undi PR ini yang menggugat kedaulatan negara.Semua rakyat Malaysia perlu sensitif dengan isu yang hangat dan perlu diperhangatkan kerana melibatkan hak dan kedaulatan negara.

I

Sedar
Masa terus beredar
Tanpa iman kehidupan jadi pudar
Membiarkan perkara-perkara mungkar
Suatu kesalahan besar
Rasuah memang dosa besar
Menipu rakyat dosa besar
Mengkhianati bangsa dosa besar
Mengkhianati negara dosa besar

II

Sedar
Umur tinggal sedikit
Waktu malam bangkit
Solat tahujjud
Baru hidup zuhud
Baru hidup berjihad
Baru berani berkata yang hak
Baru berani pilih
Golongan memperjuangkan hak



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011

Isnin, 19 September 2011

BILA PENCEN 6



Bila pencen
Bila jadi seorang pesara
Perintah Allah buat segera
Dengan iman yang membara
Hasil mentelaah buku Said Hawa
Berjudul "Jundullah"
Berjihad di jalan Allah
Dengan sabar menghadapi masalah
Berpandukan kitab Allah
Berpandukan Sunnah
Memahami bahaya rasuah
Merana bila masuk tanah
Mungkar Nakir akan belasah
Percayalah duhai persara-pesara
Tinggalkan manusia yang berpura-pura
Dengan ilmu kita kenal mereka



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011

Ahad, 18 September 2011

BILA PENCEN 5



Bila seseorang pencen
Sedar
Di depan ada kemudahan
Berbuat kebajikan
Bekalan-bekalan
Untuk Hari Kemudian
Pisahkan
Slogan-slogan
Berunsur penipuan
Bersama-sama kita hadir ke Majlis Ilmu
Bertambah kefahaman
Bahagia yang beriman
Pemberitahuan
Dalam Al-Quran
Masa lapang digunakan
Membuat suruhan
Dapat kepuasan
Membantu Sekolah Agama Rakyat
Membanyakkan ibadat
Menjauhi maksiat
Membenci penganjur maksiat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011

Sabtu, 17 September 2011

BILA PENCEN 4



I

Bila pencen
Bebas daripada "bos" dunia
Bebas daripada "akujanji" majikan
Terima wang hujung bulan
Menyara kehidupan
Berteraskan iman
Buat suruhan
Menentang kemungkaran
Budaya orang beriman
Takut hanya pada Tuhan
Berani kerana benar
Al-Quran itu benar
Sakatulmaut itu benar
Mati itu benar
Kubur itu benar
Seksa kubur itu benar

II

Warga pesara
Kena ambil kira
Hidup di dunia hanya sementara
Akhirat itu lama
Mari bersama
Mengikuti ajaran agama
Semoga
Kita menjadi ahli syurga



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sep2011

Jumaat, 9 September 2011

BILA PENCEN 3



Bila pencen
Daripada Jabatan Kerajaan
Masih ada perasaan
Ketuanan
Lupa diri menunggu giliran
Menemui Tuhan
Menanti beberapa soalan
Mampu dijawab oleh beberapa golongan
Yang berpengetahuan
Yang banyak bekalan
Yang bersih amalan
Kejayaan
Nikmat berpanjangan
Berkekalan
Kegembiraan bersama orang-orang beriman



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011

Khamis, 8 September 2011

BILA PENCEN 2



I

Bila pencen
Berlebih-lebih masa lapang
Boleh berdoa panjang-panjang
Bila-bila masa nyawa melayang
Ingat ikrar dalam sembahyang
"Sesungguhnya solatku; ibadahku; hidupku
matiku; adalah untuk Allah;
Tuhan semesta alam"
Maksud:
Ayat 162 surah Al-An'aam
Bila ini kita faham
Baru tinggal semua haram
Judi....arak....rasuah
Semua alat pemusnah
Bila masuk tanah

II

Menyedari hakikat ini
Orang pencen jadi berani
Menentang dasar mengkayakan kroni-kroni
Menentang semua bentuk korupsi



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sep2011

Rabu, 7 September 2011

BILA PENCEN 1



I

Bila pencen
Berani menentang penyelewengan
Berani menentang ketidakadilan
Berani menentang kezaliman

II

Bila bersara
Berani bersuara
Dr Mahathir dianggap wira
PM ke lima
Keturunan orang kuat agama
Datuknya ulama terkemuka
PM ke enam
Dilantik pada 3 April 2009
Dasarnya masih sama

III

Bila pencen
Bangun menentang perkara mungkar
Seorang diri memang sukar
Aqidah mesti mantap
Amalan pula istiqamah
Mempertahankan Sunnah
Membenci rasuah
Membenci orang yang pecah amanah
Negara boleh musnah

IV

Sebelum masuk tanah
Brergerak dalam jemaah
Mendaulatkan syariat Allah
Disuruh oleh Rasulullah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011