Isnin, 26 September 2011

BILA PENCEN 10



I

Pesara
Perlu memikirkan pusara
Mahu gembira
Amal soleh berganda-ganda
Betul aqidah dapat pahala
Dalam kubur suasana
Ceria
Bercahaya
Balasan bagi yang percaya
Percaya
Allah Maha Esa
Allah Maha Kuasa
Percaya
Nabi Muhammad s.a.w itu benar
Benar pada perkataan
Bertepatan dengan perbuatan

II

Kenal tipu daya syaitan
Menggunakan
'Wanita, arak dan hiburan

III

Pesara yang bebal
Halal haram semua sental
Sudah berumur masih menggatal
Menonton TV jadi budaya
Masuk kubur pasti kecewa
Dosa besar dibawa
Menderita selama-lamanya



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan