Selasa, 31 Disember 2013

MOHON UNTUK BERUBAH


‘Apabila imam telah membaca “Amin” maka
bacalah “Amin”, sesungguhnya barangsiapa
“Amin”nya bertepatan dengan bacaan para
Malaikat, diampuni dosa-dosanya yang terdahulu”
Masa terus berlalu
Dari hari ke hari
Dari minggu ke minggu
Dari bulan ke bulan
Dari tahun ke tahun
Manusia tetap memohon
Supaya diri sendiri sihat
Supaya keluarga sihat; supaya masyarakat sihat
Supaya negeri sihat; supaya negara sihat
Dari pimpinan jahat
Di peringkat negeri-negeri dan peringkat pusat
Pembangunan kebendaan memang pesat
Berkembangbiak juga maksiat
Rasuah diberbagai peringkat
Sukar disekat
Oleh itu kerja maaruf hendaklah dibuat
Dengan berdoa di setiap saat
Berdoa kepada Allah s.w.t
Buatlah kerja-kerja berpahala
Solat berjemaah sentiasa
Supaya bertukar kuasa
Beriman yang berkuasa
Beramal salih yang berkuasa
Adil yang berkuasa
Berkemanusiaan yang berkuasa
Gunakanlah masa
Dengan membaca
Tentulah Al-Quran
Mengandungi berbagai pengajaran
Ambillah kesempatan
Pergi pasar beli rambutan
Berwarna kuning dan merah
Bila pengajian dapat sambutan
Tanda rakyat sudah berhijrah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1435/Dis2013

 

Isnin, 30 Disember 2013

DALAM BAHAYA


Barangsiapa yang mencela para sahabatku,
maka baginya laknat Allah; Malaikat dan
manusia semuanya”
Sabda Nabi ini kenalah percaya
Mereka membantu Nabi di setiap keadaan
Di Mekah
Di Madinah
Selama 10 tahun
Rahmat Allah turun
Islam berkembang ke seluruh dunia
Dianuti berbagai bangsa
Diucap dengan berbagai bahasa
Bilal bin Rabah dari Habsyah
Salman dari Farsi
Sekarang di panggil Iran
Aqidah rasminya Syiah
Di akhirat bermasalah
Terhadap Abu Bakar As-Sidik mereka marah
Terhadap Umar Al-Khatab mereka marah
Terhadap Usman Affan mereka marah
Kepada Allah hendaklah berserah
Bunga ros warna merah
Bunga tanjung harum baunya
Abu Bakar rakan berhijrah
Mencelanya di akhirat dalam bahaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1435/Dis2013

 

Ahad, 29 Disember 2013

UBAHLAH DENGAN USAHA MURNI


“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu
adalah kemudahan”
Buatlah suruhan
Melakukan solat berjemaah
Semua ibadat dibuat kerana Allah
Seluruh urusan kehidupan juga untuk Allah
Penyelesai semua masalah
Samada yang zahir
Samada yang batin
Jiwa kita mestilah yakin
Yakin tentang kekuasaan Allah
Memberi kemenangan kepada siapa yang
Dikehendaki Allah
Syarat pertama
Kepimpinan yang baik
Pasukan bawahannya juga baik
Baik mengikut Al-Quran
Baik mengikut Al-Hadis
Elakkan prejudis-prejudis
Dengan diri sendiri
Beriman dan istiqamah
Bersama dalam jemaah
Menegakkan yang maaruf
Mencegah yang mungkar
Dengan ini tersungkurlah
Segala-segala yang mungkar
Allahuakbar


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1435/Dis2013 



Sabtu, 28 Disember 2013

SYARAT-SYARAT KEJAYAAN


“Sesunguhnya setiap yang baik itu
datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk
itu datangnya dari kelemahan diri kita sendiri”
Kita ini jenis manusia
Manusia jenis lelaki dan perempuan
Bergantung hidup dengan Tuhan
Tuhan semesta alam
Menawarkan keindahan Islam
Melalui Al-Quran
Melalui Sunnah
Banyak faedah
Bila beramal beribadah
Bila solat berjemaah
Bila dengar kuliah
Bila dengar ceramah
Mindapun cerah
Bunga ros warna merah
Tumbuh subur di tepi taman
Tahun baru elok berhijrah
Mencari kawan yang beriman
Baru akan berlaku pertukaran
Pertukaran dasar dalam pemerintahan
Buat suruhan tinggalkan larangan
Inilah syarat untuk kejayaan
Tentulah cerah masa hadapan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1435/Dis2013