Selasa, 24 Disember 2013

PANTUN KERJA-KERJA MAARUF


Masuk hutan mencari rotan
   Rotan terikat di pohon gelam
Mari kuatkan jentera Pakatan
   Dengan menyokong agama Islam


Hutan rata dimakan api
   Pohon dihalaman cabangnya mati
Ingin ke syurga bukanlah mimpi
   Tapi hidup dengan berbakti


Burung undan terbang ke laut
   Terbang menghinggap pohon tinggi
Bersedia kita menghadapi maut
   Nescaya di akhirat tak rugi


Kelip-kelip dikata api
   Kalau api mana dapurnya
Ucapan penzalim nampak berapi-api
   Dari rasuah pengikutnya kayaraya


Kembang bunga seri dadu
   Lapis ada dalam cerana
Kepada Allah kita mengadu
   Rumahtangga bahagia ingin dibina


Pisang emas bawa belayar
   Masak sebiji di atas peti
Hutang Allah kenalah bayar
  Bawa pahala bila mati


Pulau Pandan jauh ke tengah
   Gunung Daik bercabang tiga
Kerja maaruf jangan dilengah-lengah
   Mudah jalan menuju syurga


Bunga tanjung dari utara
   Jatuh ke bumi setiap pagi
Amal solih buatlah segera
   Baru di akhirat tidak rugi


Limau nipis di atas perigi
   Lada segenggam di dalam pinggan
Jika tidak mahu rugi
   Buat suruhan tinggalkan larangan


Cincin empat permata lima
   Patah di dalam bentuk taji
Banyak faedah ikut agama
   Setiap masa Allah dipuji


Anak bilis anak belukang
   Anak gelama besar jari
Banyak faedah wujudnya pembangkang
   Asalkan keredhaan Allah dicari


Limau manis ditepi perigi
   Lebat buah di hujung dahan
Abu Jahal ternyata rugi
   Menentang Islam secara berlebihan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1435/Dis2013


 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan