“Yang
benar itu pahit”
Kata-kata golongan bijak bistari
Kawan seperjuangan perlu dicari
Dengan memperbaiki diri sendiri
Ingat dalam kubur seorang diri
Penzalim berangan-angan nak lari
Pengkhianat juga bercita-cita nak
lari
Perasuahpun nak lari
Penipu rakyatpun nak lari
Penjawat-penjawat awam yang korup
nak lari
Baru sedarkan diri
Seksa kubur tidak terperi
Perlindungan mahu dicari
Bagi yang hidup sedarlah diri
sendiri
Ke majlis ilmu bawa anak dan isteri
Ke ceramah agama bawalah isteri
Keredhaan Allah terus dicari
Dari parti asobiyah jauhkan diri
Di akhirat tak ada pertahanan diri
Suruh tudung kepalalah isteri
Bertudung kepala bila keluar negeri
Bila ini dilakukan
Baru hukum agama dilaksanakan
Kebenaran perlu ditonjolkan
Walaupun pahit
Teruskan berkata benar
Teruskan menolak kepalsuan
Tolak juga fahaman
Walaupun membawa kemajuan
Walaupun pahit untuk ditelan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharam1435/Dis2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan