Selasa, 31 Disember 2013

MOHON UNTUK BERUBAH


‘Apabila imam telah membaca “Amin” maka
bacalah “Amin”, sesungguhnya barangsiapa
“Amin”nya bertepatan dengan bacaan para
Malaikat, diampuni dosa-dosanya yang terdahulu”
Masa terus berlalu
Dari hari ke hari
Dari minggu ke minggu
Dari bulan ke bulan
Dari tahun ke tahun
Manusia tetap memohon
Supaya diri sendiri sihat
Supaya keluarga sihat; supaya masyarakat sihat
Supaya negeri sihat; supaya negara sihat
Dari pimpinan jahat
Di peringkat negeri-negeri dan peringkat pusat
Pembangunan kebendaan memang pesat
Berkembangbiak juga maksiat
Rasuah diberbagai peringkat
Sukar disekat
Oleh itu kerja maaruf hendaklah dibuat
Dengan berdoa di setiap saat
Berdoa kepada Allah s.w.t
Buatlah kerja-kerja berpahala
Solat berjemaah sentiasa
Supaya bertukar kuasa
Beriman yang berkuasa
Beramal salih yang berkuasa
Adil yang berkuasa
Berkemanusiaan yang berkuasa
Gunakanlah masa
Dengan membaca
Tentulah Al-Quran
Mengandungi berbagai pengajaran
Ambillah kesempatan
Pergi pasar beli rambutan
Berwarna kuning dan merah
Bila pengajian dapat sambutan
Tanda rakyat sudah berhijrah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1435/Dis2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan