Sabtu, 21 Disember 2013

MATINYA SEORANG PEJUANG KEMANUSIAAN


Mati di sana sini
Mati dalam tahanan polis
Senyum Iblis
Dalam media massa tertulis
Steve Biko mati kerana puasa
Lapar berhari-hari
Membantah tindakan pihak berkuasa
Afrika Selatan
Senyum Syaitan
Sebenarnya
Steve Biko ditahan kerana perjuangan politik
Bertentangan dengan dasar kerajaan Afrika Selatan
Steve Biko
Seorang berkulit hitam
Tapi hatinya puteh
Berjuang untuk keadilan dan kesamaan hak rakyat
Seorang bekas pelajar perubatan
Yang berjiwa kemanusiaan
Membantu rakyat miskin
Mulanya di kawasan kampongnya
Berkembanglah ke seluruh negara
Pidatonya menaikkan semangat
Semangat perpaduan dan kemanusiaan
Dalam tahanan
Biasanya ada penyeksaan
Matinya Steve Biko
Bukan kerana sakit
Tapi diseksa yang berlebih-lebihan
Di ketahui Tuhan


HMS ABU BAKAR 
paksalleh.blogspot.com
Safar1435/Dis2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan