Khamis, 26 Disember 2013

PERSIAPAN UNTUK AKHIRAT


“Apabila kamu mahu tidur, maka berwudhuklah
seperti wudhuk untuk solat’
Solat adalah tiang agama
Pencegah dari perbuatan durjana
Hidup perasuah hina
Hidup penipu hina
Hidup pecahamanah hina
Duit USD 44 billion tak berguna
Bila berada dalam tanah
Tanah perkuburan Islam
Menanti cacing dan lipan
Susah masa hadapan
Yang berkekalan
Dari majlis ilmu dapat pengetahuan
Tentang kebesaran Tuhan
Tuhan semesta alam
Allah kita orang Islam
Bertaubat usaha mulia
Boleh menghapuskan dosa
Dosa dengan Allah
Dosa dengan manusia
Ini patut diambil kira
Bila ini diambil kira
Tindakan positif dilakukan segera
Dengan solat berjemaah
Dengan hadir di majlis ilmu
Belajar jangan jemu-jemu
Wanita Indon makan jamu
Makan pula setiap hari
Dengan Allah boleh ditemu
Keredhaannya kita perlulah cari
Semasa usia ada lagi
Bunga tanjung putih berseri
Jatuh ke bumi setiap hari
Dengan bertaubat bersihlah diri
Nescaya di akhirat tidak rugi


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com

Safar1435/Dis2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan