Selasa, 17 Disember 2013

BERKIRA-KIRA UNTUK AKHIRAT


“Sesiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat
3 kali kerana sengaja meringan-ringankannya, Allah
mengecap (menutup) hatinya (daripada menerima petunjuk)”
Solat itu tiang agama
Mari amalkan bersama-sama
Selagi ada nyawa
Pahala terkumpul perlu dibawa
Ke alam akhirat yang lama
Oleh itu di dunia elok bekerjasama
Mengembangkan agama
Dengan minda terbuka
Dengan banyak membaca
Dengan juga mengembara
Tenggelam timbul seekor kura-kura
Dalam kolam di pinggir hutan
Nasib di akhirat ambillah kira
Dengan menjauhi program syaitan
Dengan menolak parti syaitan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1435/Dis2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan