‘Barangsiapa
yang menghendaki pahala di dunia
sahaja (maka ia merugikan), kerana
disisi Allah ada pahala dunia dan
akhirat”
Sedarlah bahaya kebudayaan Barat
Terasnya ajaran Kristian
Terasnya juga ajaran Yahudi
Merosakkan manusia melalui judi
Digalakkan manusia minum brandi
Bagi kaum India ada todi
Bergaul bebas muda mudi
Rosaklah akhlak muda mudi
BR1M dianggap usaha berbudi
Tujuan utama meraih undi
Tiga belas kali menang lagi
Mengembang kepak di waktu pagi
Ini cara burung merak
Orang munafik di akhirat rugi
Terutama yang minum arak
Di majlis rasmi berucap hingga suara
serak
Ini budaya pimpinan haprak
Fikir hanya kebendaan
Fikir hanya keuntungan
Buat segala larangan
Dijauhi suruhan
Walaupun berilmu pengetahuan
Walaupun besar jawatan
Mencari gerharu dalam hutan
Dapat pula misan lebah
Mari tumbangkan parti syaitan
Setiap ruang Allah disembah
Nescaya parti asobiyah rebah
Kuasa di Putrajaya akan berubah
HMS
ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1435/Dis2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan