Isnin, 23 Disember 2013

JIKA MAHU SELAMAT


Hai! Orang-orang yang beriman
jadikanlah sabar dan solat sebagai
penolong, sesungguhnya Allah
berserta orang-orang yang sabar”
Dakwah Islamiah perlu disebar
Dengan semangat yang berkobar-kobar
Dengan ilmu di dada
Dengan beramal soleh
Putrajaya boleh beralih
Dari ketuanan bangsa kepada ketuanan rakyat
Kenaikan harga barang-barang
Menyusahkan rakyat
Kenaikan kos hidup menyusahkan rakyat
Keburukan ekonomi kroni perlu disekat
Dengan kita berpakat
Menumbangkan sistem ekonomi kronisma
Dengan memboikot alat-alat propaganda mereka
Peminat siaran T.V boleh tontoni TV Alhijrah
Dalam bahasa Melayu
Juga bahasa Inggeris
Baru ternganga penyokong keris
Kantong Negara tiris
Disebabkan berleluasanya korupsi
Disebabkan jahil agama
Disebabkan lupa hari akhirat
Ikan laut ikan darat
Menyediakan protein bagi manusia
Orientasi politik hendaklah ke akhirat
Baru kehidupan di dunia tak sia-sia
Sedarlah wahai sekelian manusia
Hidup di akhirat itu lama
Mahu selamat ikutlah agama


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1435/Dis2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan