Selasa, 3 Disember 2013

KEYAKINAN MEMBAWA KEJAYAAN


Apabila Allah telah memberi salah seorang
dari kamu harta maka hendaklah ia (membelanjakannya)
mulai dari dirinya sendiri dan ahli rumahnya’
Mudah yang percaya
Dari Al-Quran dapat cahaya
Yang penting ialah usaha
Usaha memajukan diri sendiri
Diikuti seluruh keluarga
Mudah jalan ke syurga
Dosa pahala diambil kira
Aqidah menjadi asasnya
Kepercayaan yang Allah itu Maha Kaya
Nabi Muhammad pesuruhnya
Berjuang bermatian
Di Mekah
Dibantu sahabat-sahabat yang miskin
Tapi yakin dengan Muhammad Al-Amin
Yang paling dipercayai
Sabar dalam setiap keadaan
Kekuatan datang dari Al-Quran
Ayat demi ayat
Dengar dan buat; dengar dan taat
Abu Bakar benar-benar sahabat
Kemasukkan Umar ke dalam Islam
Menaikkan semangat yang jitu
Dengan aqidah asas bersatu
Bilal bin Rabah
Dibelasah jiwanya bertambah tabah
Arqam Ibni Arqam mewakafkan rumahnya
Untuk dakwah
Kuat Islam dengan hijrah
Dari Mekah ke Madinah
Di Badar Abu Jahal musnah
Kemenangan yang begitu bermakna
Kekuatan Islam terus dibina
Dengan iman dan istiqamah
Diyakini oleh Sultan Muhammad Al-Fateh
Penakluk bandar konstantinopal
Terkenal dengan nama baru Istanbul
Sabda Nabi termakbul
Tarikh bersejarah
29 Mei 1453  A.D
Terbeliak mata Nasrani dan Yahudi


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1435/Dis2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan