Ahad, 22 Disember 2013

HORMAT WASIAT IBU


Syurga di bawah tapak kaki ibu
Iblis sentiasa menyerbu
Dengan wanita
Arak dan hiburan
Hiburan yang berlebihan
Buat pula larangan
Menyokong perjuangan kebangsaan
Rupa-rupanya hanya kebendaan
Mengumpul kekayaan
Dari syarahan
Sambil mengharapkan jodoh
Menyokong penzalim tindakan hodoh
Di akhirat tiada tempat berteduh
Barulah mengeluh
Oleh itu kegiatan di dunia elok disuluh
Dengan iman
Dengan ilmu
Solat berjemaah jangan jemu-jemu
Wanita Indon makan jamu
Makan pula setiap hari
Elok hadir di majlis ilmu
Baru kenal diri sendiri
Wasiat ibu jangan diingkari
Mudah keredhaan Allah dicari
Ingat kata-kata bijakbistari
Ilmu tauhid pelengkap diri
Rezeki halal saja dicari
Gerombolan maksiat perlu dijauhi
Bersekongkol dilarang sama sekali
Ikan sepat ikan keli
Dua jenis ikan darat
Wasiat ibu diingat berkali-kali
Tolak pula pimpinan keparat
Mengkayakan kroni dan sukusakat
Harga barang-barang terus meningkat
Menyusahkan rakyat setiap peringkat
Jasa ibu hendaklah ingat
Terutama yang berbentuk wasiat
Ikut juga kehendak syariat
InsyaAllah Putrajaya kita dapat
Yang perlu kerja kuat
Dengan kita banyakkan selawat
Di akhirat tentu dapat syafaat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1435/Dis2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan