1
Pulau pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Rakyat pasti akan termengah-mengah
GST tentu menyusahkan keluarga
2
Gunung Daik bercabang tiga
Boleh kelihatan dari jauh
GST tentu menyusahkan keluarga
Kerajaan hanya pandai menyuruh
3
Boleh kelihatan dari jauh
Pokok cengal dalam hutan
Kerajaan hanya pandai menyuruh
Maksiat berkembang untungkan syaitan
4
Pokok cengal dalam hutan
Bila ditebang menghasilkan duit
Maksiat berkembang untungkan syaitan
Melihat aktres hati tercuit
5
Bila ditebang menghasilkan duit
Tokeh balak sedia melabur
Melihat aktres hati tercuit
Lupa azab dalam kubur
6
Tokeh balak sedia melabur
Membawa untung yang lumayan
Lupa azab dalam kubur
Bila kehendak kroni dilayan
7
Membawa untung yang lumayan
Berkenal dulu orang politik
Bila kehendak kroni dilayan
Budaya rasuah mulai berputik
8
Berkenal dulu orang politik
Dari parti ketuanan bangsa
Budaya rasuah mulai berputik
Bila direstui pihak berkuasa
9
Dari parti ketuanan bangsa
Sentiasa memperalatkan orang Melayu
Bila direstui pihak berkuasa
Disebabkan jahil ajaran wahyu
10
Dari parti ketuanan bangsa
Sentiasa memperalatkan orang Melayu
Bila direstui pihak berkuasa
Disebabkan jahil ajaran wahyu
11
Sentiasa memperalatkan orang Melayu
Terutama yang di luar bandar
Disebabkan jahil ajaran wahyu
Pegangan agama jadi pudar
12
Terutama yang diluar bandar
Termasuk peneroka rancangan Felda
Pegangan agama jadi pudar
Bila ilmu tiada di dada
13
Termasuk peneroka rancangan Felda
Taksub dengan pihak berkuasa
Bila ilmu tiada di dada
Lupa menyokong penzalim berdosa
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1435/Dis2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan