Jumaat, 20 Disember 2013

NELSON MANDELA YANG HEBAT


Nelson Mandela
Jasanya berjela-jela
Jika beriman tentulah dapat banyak pahala
Kenyataan tidak begitu
Dia penentang aparteid
Dasar zalim kerajaan Afrika Selatan
Terhadap rakyat berkulit hitam
Yang menjadi majoriti rakyat Afrika Selatan
Ditindas dan ditekan
Dipenjarakan
Di sebuah pulau selama 27 tahun
Tetap meneruskan perjuangan
Membebaskan rakyat kulit hitam
Dari penindasan
Membawa kesan
Pada tahun 1994 Nelson Mandela
Dipilih jadi Presiden Afrika Selatan
Dari kulit hitam
Menamatkan dasar aparteid
Beliau hanya memegang jawatan satu penggal saja
Beliau bersara pada tahun 1999
Meninggal dunia ketika umur 95 tahun
Perginya seorang pejuang sejati
Berbeza dengan pimpinan dari Ketuanan Melayu
Kekayaan dunia saja diburu
Pilihanraya ada unsur tipu
Bercakap berdegar-degar
Lupa rasuah itu kerja mungkar
Lupa di akhirat akan dibakar
Harap-harap dengan perginya
Ikon anti aparteid
Malaysia akan berubah
Allah saja disembah
Penzalim pula rebah
Usaha perlu diteruskan
Ingat Nelson Mandela
Ingat penaklukan Putrajaya
Jika apartiedpun tumbang
Gerombolan kerispun boleh tumbang
Bezanya
Ialah 
Iman dan istiqamah
Serta berselawat kepada Rasulullah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1435/Dis2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan