Hari
Rabu
22
Safar 1435H
Genaplah
umurku 77 tahun
Kerana
aku lahir pada
22
Safar 1358 Hijriah
Di
Kampung Gajah
Di
tepi Sungai Perak
Air
sungai mengalir tenang
Berenang
baung dan seluang
Zaman
silam elok dikenang
Baki
umur eloklah berjuang
Hingga
jemaah Islam menang
Rakyat jelata akan senang
Kos kehidupan akan kurang
Bebas dari aktiviti curang
Menganggur pula gerombolan temberang
Tan Sri Lanang seorang pengarang
Menulis buku perihal Melayu
Kuat kerana ajaran wahyu
Beramal ikut ajaran wahyu
Baru fahaman asobiyah layu
Baru luput pengikut kudakayu
Dengan hadir di majlis ilmu
Belajar pula tidak jemu
Dengan kebenaran tentu bertemu
Dengan bertaubat setiap waktu
Niatku
hanya untuk bersatu
Bersatu
dalam mendaulatkan wahyu
Dengan ini selamatlah Melayu
Dengan kuat berusaha
Dengan banyak berfikir
Dengan banyak membaca
Dapatlah cahaya
Cahaya dari Al-Quran
Cahaya dari Sunnah
Lahirlah pimpinan beramanah
Selamat negara dari musuh
Musnah oleh pimpinan cakap tak
serupa bikin
Ini saya cukup yakin
Ajaran Al-Quran jadikan vitamin
Contohilah Muhammad ”Al-Amin’
Bacalah sejarah Nabi kita
Teladani Sirah Nabi
Di hari Rabu ini
Bersamaan 25 Disember 2013
Berjuanglah dengan ikhlas
Nescaya Melayu hilang sifat malas
Digantikan dengan iman dan istiqamah
Dengan ini mantaplah jemaah
Dengan betulnya aqidah
Tentulah
Aqidah Ahli Sunah Wal Jamaah
Terasnya Al-Quran dan Sunnah
Peganganku hingga menemui Allah
Cencaru keluar waktu petang
Tenggelam timbul berkali-kali
Dari Allah aku datang
Kepada Allah kita kembali
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1435/Dis2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan