Jumaat, 13 Disember 2013

SEMUANYA AKAN KE SANA



“Barangsiapa yang mengerjakan dosa, maka sesungguhnya
ia mengerjakannya untuk (kemudaratan) dirinya sendiri
dan Allah Maha mengetahui lagi Maha bijaksana”
semua kita menuju ke sana
ada bahagia ada hina
yang perkauman hina
yang zalim hina
yang perasuah hina
harta bertimbun tak berguna
suami takut dikenakan “ilmu guna-guna”
syarikat gergasi tak berguna
jawatan besar tak berguna
isteri jelita tak berguna
wujud di dunia sekarang
ramai pemimpin berlaku curang
menaikkan harga barang-barang
menurun nilai wang
rakyat jelata mula terkenang
air mata jatuh berlinang
anak gadis belum dipinang
bermadu tetap mereka tentang
cari gerharu dalam hutan
balik ke rumah waktu petang
globalisasi usaha terkini syaitan
orang beriman yang menentang
negara pula banyak hutang
penasihat Zionis tidak ditentang
merogol gadis kerja binatang
hukum Hudud berani tentang
bala Tuhan pasti datang
pasti parti penzalim terlentang


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1435/Dis2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan