Rabu, 1 Januari 2014

TEKAD TAHUN BARU 2014


Satu Januari
Terbit lagi matahari
Perlu disedari
Kata-kata bijak bestari
"Perjalanan seribu batu
Dimulai oleh langkah pertama"
Berpeganglah dengan nama
Jika nama anda Abdullah
Sedarlah diri anda itu hamba Allah
Dengan ilmu hadapilah masalah
Dengan amal soleh atasilah masalah
Kos tinggi menghantar anak ke sekolah
Nilai RM dah rendah
Syaitan saja dapat faedah
Syarikat komunikasi Yahudi dapat faedah
Kumpulan kongsi gelap dapat faedah
Dikenal pasti 49 kumpulan gangster
Mudah dapat senjata api
Kanak-kanak bermain api
Lagu tema kursus bina semangat
Masuk syurga janganlah mimpi
Bila di dunia buat maksiat
Bila memerintah secara zalim
Biarkan syarikat gergasi mengaut untung
Isi ikan dalam tong
Bawa ke pasar untuk dijual
Orang kampung semacam patung
Kezaliman pemerintah tidak disoal
Haram ataupun halal
Yang penting ketuanan bangsa kekal
Ini tanda tidak berakal
Merubah suasana perlukan
Pimpinan bertawakal
Hari Rabu
1 Januari ini
Kita kena berani
Berani berkata benar
Ikan cencaru keluar petang
Mencari makan di lautan dalam
Dengan menguatkan jemaah Islam
Berdoa siang dan malam
Sehingga parti asobiyah tenggelam
Seperti tenggelamnya kapal Titanic di lautan dalam


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1435/Jan2014




Tiada ulasan:

Catat Ulasan