Isnin, 13 Januari 2014

SELAMAT TINGGAL MASJID AL-RIDZUANIAH KUALA KANGSAR



Puisi bergema di masjid Al-Ridzuaniah
Lepas setiap kali Ustaz Wan menyampaikan kuliah
Ada hati tertawan
Lain pula di pihak lawan
Ada yang gusar
Yang kepala besar
Perjuangan parti mereka tersasar
Projek ekonomi yang membawa komisyen
Hidup penuh kepura-puraan
Kata menolong bangsa sendiri
Ilmu agama lupa dicari
Tidak pula bertudung isteri
Lupa asal kejadian diri sendiri
Dengan desakan sayapun mengundur diri
Di tempat lain baca juga puisi
Di masjid Al-Ridzuaniah akan sunyi
Hanya ada majlis mengaji
Setiap kita akan diuji
Warga emas makan kanji
Makan pula seorang diri
Dalam hati tetap berjanji
Keredhaan Allah saja dicari



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com

R’Awal1435/Jan2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan