‘Apabila
salah seorang dari kamu menjadi imam
maka hendaklah ia memendekkan
(bacaanya) kerana
sesungguhnya di antara mereka ada
yang mempunyai keperluan”
Hidup kita ada tujuan
Menyembah Tuhan
Memberi kita segala keperluan
Makanan dan pakaian
Rumah juga diperlukan
Menyediakannya menjadi kewajipan
pihak kerajaan
Yang berjiwa berkebajikan
Kos kehidupan hendaklah dikurangkan
Melalui pemberian subsidi atau
bantuan
GST bukannya jalan
Jangka panjang menyusahkan rakyat
sekelian
Yang untung ahli-ahli perniagaan
Yang rapat dengan pemerintahan
Hendaklah dielakkan
Jika iman
Jika pemimpin bertimbangrasa
Ingat Allah Maha Kuasa
Boleh ditarik balik kuasa
Dari yang penyalahguna kuasa
Di akhirat menanti seksa
Demi masa
”Sesungguhnya
manusia itu berada dalam kerugian”
Yang untung yang beriman
Yang beramal solih
Yang berkata yang hak
Yang sabar dalam menghadapi ujian
hidup
Ini disedari oleh imam
Ini disedari oleh pemimpin
Yang akan ambil alih Kerajaan
Persekutuan
Yang berjiwa kemanusiaan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1435/Jan2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan