Selasa, 14 Januari 2014

PANTUN MAULIDUL RASUL 1435H


Ikan kembung ikan bawal
Dalam pukat semuanya tersangkut
Lahir Nabi 12 Rabiulawal
Sunnahnya mari kita ikut

Air laut nampak biru
Dari jauh biasanya begitu
Peribadi Nabi kita tiru
Ditolak puak yang kepala batu

Bulan Rabiulawal bulan ketiga
Lahir Nabi di Kota Mekah
Abu Bakar dijanjikan syurga
Di antara kebaikannya suka bersedekah

Mekah terletak di Jazirah Arab
Orang Quraish penduduk majoriti
Persahabatan sahabat-sahabat cukup akrab
Kerana Islam sanggup mati

Tanam pisang tanam ubi
Tanam pula di tepi paya
Mari berselawat ke atas Nabi
Berjihad hingga takluk Putrajaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com

R' Awal1435/Jan2014



Tiada ulasan:

Catat Ulasan