Sabtu, 11 Januari 2014

MINTALAH KEPADA ALLAH


Doa di antara azan dan iqamat itu dikabulkan,
maka berdoalah”
mintalah kepada Allah
wahai hamba-hamba Allah
gerombolan asobiyah akan berpecah-belah
mungkin kerana ghanimah
istilah sekarang projek-projek pembangunan
perempuan mengandung biasanya kempunan
buah yang biasanya masam
orang mukmin juga berkeinginan
beramal ibadat penuh azam
dengan ilmu mudahlah faham
hilanglah perasaan syak dan waham
mencari rezeki yang halal
perlaksanaan cukai-cukai boleh disoal
dalam Parlimenpun boleh
semoga pemikiran rakyat beralih
dari ikut-ikut saja
kepada keadaan berani bertanya
GST apa matlamatnya
apa untungnya
kepada rakyat biasa
lain pula
kepada golongan kaya
tentulah rapat dengan pihak berkuasa
lupa nasib anak bangsa
ramai yang binasa
oleh dadah
oleh hiburan berlebihan
mengingkari perintah Tuhan
berani buat segala larangan
suruhan agama pula diabaikan
inilah nasib manusia moden
harum bau daun pandan
boleh dibuat bermacam kuih
mari fikirkan masa depan
jauhi kehidupan seperti buih
kepada kebenaran kita beralih
betul aqidah dan beramal soleh


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com

R'Awal1435/Jan2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan