Jumaat, 3 Januari 2014

PANTUN TARIKAN DURIAN


Pisang emas bawa belayar
Masak sesikat dalam peti
Hutang rakyat kena bayar
Dengan GST rakyatpun mati

Masak sesikat dalam peti
Bila dimakan terasa manis
Dengan GST rakyatpun mati
Duit dipoket semuanya habis

Bila dimakan terasa manis
Rasa manisnya lekat di lidah
Duit dipoket semuanya habis
Dapat BRIM tidak berfaedah

Rasa manisnya lekat dilidah
Kelazatan jenis buah tempatan
Dapat BRIM tidak berfaedah
Perbelanjaan lebih dari pendapatan

Kelazatan jenis buah tempatan
Terkenal juga buah durian
Perbelanjaan lebeh dari pendapatan
Rakyat terus dalam kesusahan

Terkenal juga buah durian
Makan seulas hendak lagi
Rakyat terus dalam kesusahan
Tanpa agama di akhirat rugi

Makan seulas hendak lagi
Ingat diabetes terus berhenti
Tanpa agama di akhiratpun rugi
Dosa menipu dibawa mati

Ingat diabetes terus berhenti
Ikut nafsu hendak lagi
Dosa menipu dibawa mati
Di akhirat tetap berkeadaan rugi

Ikut nafsu hendak lagi
Tarikan durian kepada manusia
Di akhirat tetap berkeadaan rugi
Sedar-sedar dah habis usia

Tarikan durian kepada manusia
Begitu diminati masyarakat Cina
Sedar-sedar dah habis usia
Rumah di akhirat tidak dibina

Begitu diminati masyarakat Cina
Bila sampai musim durian
Rumah di akhirat tidak dibina
Dibuat pula larangan Tuhan

Bila sampai musim durian
Ditepi jalan durian dilonggokkan
Dibuat pula larangan Tuhan
Suruhan agama pula diabaikan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1435/Jan2014



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan