Khamis, 9 Januari 2014

ILMU PERLU DIAMALKAN



Pada dasarnya segala yang kita lihat, kita dengar
dan kita pelajari adalah untuk ilmu dan ibadah”
Amalkan hingga ke sudah
Iaitu hingga Sakaratulmaut
Lidah tetap berzikir
Hati tetap mengingati Allah
Ambil wudhuk dari kolah
Dalam kolah berenang ikan
Tuhan kita ialah Allah
Darinya datang segala kebaikan
Apa-apa ilmu hendaklah diamalkan
Baru orang munafik dikalahkan
Baru rakyat dapat kebaikan
Dalam sungai berenang ikan
Ikan baung dan seluang
Orang kampung mudah termakan
Sebenarnya propaganda yang usang
Modal mereka ialah wang
Lupa naik harga barang-barang
Lupa nilai wang
Bertambah kurang
Pihak benar dikata curang
Media massa alat menyerang
Tertipu ramai orang
Di Felda; di Felcra
Di kampung-kampung tradisi
Tetap menyokong golongan korupsi
Lupa maksud hadis Nabi
Penerima rasuah masuk Neraka
Pemberi rasuah masuk Neraka
Buah cempedak buah nangka
Dua jenis buah tempatan
Jika tak mahu ke Neraka
Bersatulah kita dalam Pakatan
Dengan ini tumbanglah syaitan
Dengan zikir kuatlah ingatan
Dari bertakbir datanglah kekuatan
Baru majlis ilmu dapat sambutan
Dengan ilmu
Kenallah budaya munafik
Kenallah sikap kepura-puraan
Inilah jalan kejayaan
Menghadapi tahun 2014 dengan penuh kesabaran


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1435/Jan2014


Tiada ulasan:

Catat Ulasan