Khamis 21 Apr 2011, bertambah lagi usia saya kepada 9 hari kepada 72 tahun 9 hari.
Daripada penerimaan ucapan "S.H.J" dan tahniah semoga dipanjangkan umur, saya tetap bersyukur kepada Allah swt yang berkuasa menghidupkan dan mematikan manusia.
Adalah menjadi kewajipan kita sebagai hamba Allah melaksanakan akujanji kita iaitu " Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan semesta alam".
Bayangkan jika semua manusia daripada sultan, presiden, perdana menteri, menteri-menteri, exco-exco dan penjawat-penjawat awam melaksanakan solat (sembahyang) secara berjemaah setiap waktu sudah tentu tidak berlaku pengedaran video seks lucah, tidak berlaku rasuah, tidak berlaku kezaliman, tidak berlaku penyalahgunaan kuasa. Bila perkara mungkar dan maksiat tidak dilakukan oleh ulama dan umarak tentulah akan wujud suasana aman damai dan harmoni dalam masyarakat, negeri dan negara. Ini adalah kerana "Solat itu dapat mencegah kerja-kerja mungkar dan maksiat".
Jadi sepanjang 9 hari melepasi umur 72 tahun berusaha beramal soleh dan berwasiat di atas kebenaran dan juga sabar menghadapi ujian dan cobaan. Maklumlah Allah berserta orang-orang beriman.
Harap rakan-rakan yang melayar blog saya berubah cara hidup dengan iman dan beramal soleh. Dengan budaya hidup ikut syariat Islam akan wujudlah negara yang aman, makmur dan diredhai Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan