Rabu, 13 April 2011

SIBUK DI HARIJADI ke 72




Semalam (12 Apr 2011) bertambah meningkat umur saya. Bersyukur banyak-banyak kepada Allah swt.

Paginya saya melaungkan azan di surau tempat saya solat Subuh setiap pagi disebabkan muazin bertugas terlambat datang.

Selepas sarapan pagi dan menerima ucapan "S.H.J" daripada isteri tercinta dan anak bongsu saya Yusof yang menghadiahkan saya sebuah buku karangan Barry Wain berjudul Malaysian Marverick: Mahathir Mohammad in Turbulent Times. Setelah itu pergi ke Masjid Al-Aulia, Tembok, Ipoh menghadiri Kuliah Dhuha.

Saya mulai dengan solat sunat Tahiyatulmasjid diikuti dengan 6 rakaat solat sunat Dhuha. Lepas itu baca surah Yaasin secara berjemaah. Tepat jam 9 pagi ikut serta Kuliah Dhuha oleh Ustaz Wan Ahmad Tarmizi.

Seperti biasa di akhir kuliah saya mendeklamasikan puisi. Kali ini saya membaca sajak berjudul "12 April Ulangtahun Kelahiran"

Saya solat Zohor di Masjid Tg Hussien, Ipoh. Lepas itu saya dan isteri ke Ceragem Silibin untuk rawatan tulang belakang. Saya solat Asar di Surau An-Nuriah, Taman Meru 2B, Ipoh.

Solat Maghrib dan Isyak saya berada di Masjid Asy-Syakirin, Kg Tersusuun Tasek, Ipoh mengiringi Ustaz Wan mengajar Kitab Qanun Jinayah Syariah. Selepas kuliah Ustaz Wan saya mendeklamasikan sajak "Bila Usia Meningkat".

Nampaknya harijadi saya ke 72 tahun ini penuh dengan mencari keredhaan Allah. Oleh itu marilah kita bersama-sama mencari keredhaan Allah dengan menambahkan ilmu di dada dan berjihad menegakkan Islam di mukabumi ini dengan menyokong pimpinan bertaqwa serta beramanah.

ALLAHU AKBAR...


HMS ABU BAKAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan