Rabu, 17 Ogos 2011
17 RAMADHAN 1432H
I
17 Ramadhan
Diingati turunnya Al-Quran
Di awal kurun tujuh masehi
Abu Lahab terus menerus memusuhi
Anak saudaranya sendiri
Muhammad bin Abdullah
Disayangi Abu Lahab hingga umur Nabi s.a.w
Empat puluh tahun
Apabila suruh Al-Masad turun
Sahkan bapa saudara Nabi s.a.w
Abu Lahab mewarisi Neraka Jahanam
Begitu juga gerombolan manusia
Yang lahir saja Islam
Batinnya memulaukan jemaah Islam
Merancang ambil kuasa masjid
Siang dan malam
Mahu sekat majlis ilmu
Mahu orang sebangsa dengannya
Jadi dungu
Jadi Islam pada nama saja
Kebudayaan Barat terus dipuja
Daripada kehidupan dipisah-pisahkan agama
Waktu solat tetap berjanji
"Sesungguhnya solatku; ibadatku;
Hidupku dan matiku adalah untuk
Allah; Tuhan semesta alam"
Janji sudah dilafazkan
Sejak 53 tahun yang lalu
Menyokong mungkar tetap tak malu
II
Angin petang terus berlalu
Bergoyang nampak daun kelapa
Bila buat maksiat selalu
Kekal dalam keadaan papa
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011
Labels:
Koleksi Puisi Ramadhan 1432H
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan