Sabtu, 6 Ogos 2011

PANTUN PENTINGNYA PENDIDIKAN

Jasa pendidik sentiasa dikenang


Ada berbagai jenis ikan
   Ikan darat ikan laut
Asas tamadun ialah pendidikan
   Dengan kemajuan hati terpaut


Dalam laut kapal berlayar
   Membawa muatan ke seluruh dunia
Budi pendidik susah dibayar
   Menjadikan manusia hidup mulia


Bunga melor warna putih
   Waktu pagi semerbak baunya
Mengajar murid tak letih-letih
   Sehingga banyak yang berjaya


Tanam ubi tanam keladi
   Tanam pula di bulan puasa
Para pendidik banyak berbudi
   Menabur jasa setiap masa


Puasa ada dua jenis
   Puasa wajib dan sunat
Bila pendidik berwajah manis
   Orang kampung pun menaruh minat


Harum bau kayu gerhana
   Boleh didapati dalam hutan
Mulia sungguh "profesion" guru
   Dengan ilmu kecewakan syaitan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan