Jumaat, 19 Ogos 2011

PUISI BERGEMA DI MALAM RAMADHAN DI LEMBAH KINTA



Syukur kepada Allah s.w.t "Koleksi Puisi Ramadhan 1432H" saya sedang dideklamasikan di beberapa surau di kawasan Parlimen Tambun, Ipoh.

Surau Al-Ikhlasiah, Jalan Pemimpin tetap istiqamah dengan Tuan Haji Mat Anjang sendiri mendeklamasikan puisi saya daripada malam pertama Ramadhan lagi tahun ini.

Di Surau Nur Ar-Rahman, Halaman Meru Damai, Meru Raya, Ipoh juga mendeklamasikan saya setiap malam.

Haji Razali Omar tetap setia mendeklamasikan puisi saya di Surau Diri Jumaat At-Taufiqiyah, Taman Klebang Jaya, Chemor setiap malam sebelum Tazkirah Ramadhan.

Haji Maarof juga mendeklamasikan puisi saya di Surau Al-Falah, Taman Soon Choon, Ipoh di setiap malam Ramadhan Al Mubarak ini.

Daripada puisi-puisi ini diharap para pendengar boleh melahirkan minat kepada kesasteraan Melayu yang semakin pupus ditelan oleh gelombang Globalisasi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan