Ahad, 11 Disember 2011

PANTUN MUHASABAH DIRI


Seekor beruk yang sedang memikirkan halatuju negara.Walau apapun yang terjadi beruk ini akan tetap setia sebagai AHLI KERIS

Ada padi adalah beras
   Bertanak nasi periuk tembaga
Bila tauhid menjadi teras
   Segala kerja membawa ke syurga

Akar keladi melilit selasih
   Dapat tumbuh di tepi taman
Menasabah benar tuntutan BERSIH
   Ditolak yang kurang siuman

Anak beruk di tepi bukit
   Pandai melompat pandai berlari
Pengaruh perkauman tinggal sedikit
   Ditolak setelah muhasabah diri

Anak nelayan mencari tuba
   Mudah dapat di Tanjung Jati
Buku Jingga boleh dicuba
   Dilaksanakan oleh pimpinan berkualiti

Asam kandis mari dihiris
   Manis betul rasa isinya
Berteriak-teriak di perhimpunan keris
   Perwakilan pun kurang percaya

Ayam hutan terbang rendah
   Tali tersangkut pagar berduri
Menyokong penzalim tak berfaedah
   Khazanah negara berani dicuri

Ayam rintik dipinggir hutan
   Nampak dari tepi telaga
Bila ikut nasihat syaitan
   Di akhirat jauh dari syurga

Baik-baik bertanam ubi
   Biar rapat jangan jarang
Bila ikut Sunnah Nabi
   Mudah tolak pimpinan temberang

Bila memandang ke muka laut
   Nampak gelombang dari jauh
Bila ucapan pengkhianat diikut
   Sesama rakyat mudah bergaduh

Bunga melati bunga di darat
   Bunga seroja di tepi perigi
Parti perkauman sudah terjerat
   Dibiarkan penyokongnya terus rugi

Burung pipit terbang rendah
   Mari hinggap di ranting mati
Di sana sini penyelewengan terdedah
   Laporan Audit Negara sebagai bukti

Di sana padi di sini padi
   Padi huma dari seberang
Pakatan Rakyat ingin berbudi
   Tolak saja gerombolan temberang


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan