Sabtu, 10 Disember 2011

PANTUN PIMPINAN BERWIBAWA



Burung terkukur terbang ke lembah
   Mencari makan hingga ke malam
Dosa penzalim terus bertambah
   Budaya asobiyah dilarang Islam

Rama-rama hinggap di pelepah
   Pelepah kelapa dilonggok-longgokkan
Mendengar ucapan rakyat menyampah
   Semangat perkauman terus disemarakkan

Pulang sendiri burung pekaka
   Waktu senja berwarna keemasan
Orang munafik masuk neraka
   Menipu rakyat secara berterusan

Burang unta dari Jejawi
   Mudah dipikat berdua-dua
Mari selamatkan ibu pertiwi
   Daripada pemimpin bermuka dua

Banyak semut di pokok jambu
   Menghisap manisan daripada bunganya
Sekarang banyak cerita lembu
   Hasilnya kroni jadi kaya raya

Ikan kekek di atas pangkin
   Sudah digaul dengan asam jawa
Buku Jingga jadi pemangkin
   Diusahakan pimpinan yang berwibawa

HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan