Khamis, 28 Jun 2012

BIARLAH HIDUP LAMA LAGI


Oh! Melayu
Sejak 54 Tahun banyak yang layu
Bahasa Melayu dah layu
Disebabkan dasar PPSMI
Dasar mendewakan Bahasa Inggeris
Pengkhianatnya ialah Mahathir
Selaku P.M keempat
Dia dapat ilham
Setelah bertemu dengan Pope John Paul
Di Vatican
Di Kota suci Mazhab Katolik
Politik Mahathir juga licik
Dia sekat bantuan kewangan
Kepada Sekolah Agama Rakyat
Dianaktiri S.AR
Mahathir sengaja tak mahu
Petronas keluarkan zakat
Mahathir sedar wang zakat
Banyak umat Islam
Dapat manfaat
Mahathir mahu rakan-rakannya kaya-raya
Ananda Krishnan
Lim Goh Tong
Francis Yeoh
Syed Mokhtar Bukhari
Dia anggap dirinya Santa Claus
Mahathir sudah tua
Hatinya muda
Mahu kekal hidup lama
Biarpun tak ikut ajaran agama
Yang penting bagi Mahathir
Mukanya keluar dalam media massa
Di lupa amaran Allah
Demi masa
”Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian”
Bagi Mahathir
Ini belakang kira
Dia mahu anak-anaknya selamat daripada didakwa
Sedar bila P.R kuasai Putrajaya
Tempat Mahathir ialah penjara


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Jun2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan