Ditujukan surat ini
Kepada diri sendiri
Permulaan kita di alam arwah
Kedua di alam kandungan
Ketiga di alam dunia
Diuji kita
Ada yang celek mata
Tapi hati buta
Perjuangan hidupnya hanya cari harta
Pangkat besar juga jadi cita-cita
Sampai masa pejamlah mata
Beradalah kita di alam Barzakh
Ada
yang senang ada yang susah
Di antaranya
yang rasuah
Yang
pecah amanah
Biarpun
negara hampir musnah
Asalkan
hidup mewah
Di
dunia boikot kuliah-kuliah
Jarang-jarang
solat berjemaah
Sekarang
bermasalah
Alam
akhir itulah akhirat
Di
Neraka seksanya berat
Di
Syurga nikmatnya hebat
Berenang
ikan dalam kolam
Ikan keli ikan haruan
Perjalanan manusia lima alam
Masuk
Syurga itulah kejayaan
Menyedari hakikat ini
Rebutlah peluang yang ada
Ramadhan di depan kita
Tazkirah setiap malam ada
Dengarlah, tulislah, fahamkanlah
Amalkanlah nescaya syaitan dan
Kuncu-kuncunya kalah
Alhamdulillah
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Julai2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan