Ilmu adalah pusaka para Nabi
Dari Nabi Adam
Iblis terus berdendam
Gunakan penari-penari Gangnam
Remaja Melayu naik geram
Orang Melayu tonton filem seram
Jiwa jadi rencam
Lihat mungkar diam
Dengar kuliah maghrib hatinya geram
Boikot jalan keluar
Budaya maksiat terus menular
Dibiarkan pimpinan sekular
Disokong oleh ulama keduniaan
Harta jadi keutamaan
Sedang harta adalah pusaka Karun
Sedang harta adalah pusaka Firaun
Menzalimi rakyat bertahun-tahun
Akhirnya turun
Dikutuk sepanjang kurun
Ilmu berlainan pula
Ilmu itu menjaga kamu
Belajarlah jangan jemu-jemu
Nanti kamu tahu
Ulat bulu panjat durian
Jatuh seekor dalam kolam
Sedap dulu sakit kemudian
Sedarilah wahai umat Islam
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Julai2013
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Julai2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan