Sabtu, 20 Julai 2013

RAMADHAN KESEBELAS 1434H




Hari kesebelas berpuasa
Jatuh pada hari Sabtu
Cuba dapatkan puasa bermutu
Dengan menjiwai kehendak
Jasmani dan rohani
Jadilah manusia yang berani
Menentang golongan tirani
Bererti kezaliman
Menjadi kewajiban orang beriman
Menentang kezaliman
Berlaku di akhir zaman
Banyak penipuan
Disedari manusia bermaklumat
Dari pembacaan
Al Quran
Hadis Nabi akhir zaman
Ubah keadaan dengan kesungguhan
Ubah cara berfikir
Dimulai dengan zikir
Dengan membesarkan Allah
Dengan menyedari kekuasaan Allah
Dengan ini dapat menyelesaikan pelbagai masalah
Inilah rahmat dari Allah
Musuh manusia pasti kalah
Dengan izin Allah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadham1434/Julai2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan