Rabu, 17 Julai 2013

RAMADHAN KELAPAN 1434H


Hari Rabu minggu kedua puasa
Lapar memang terasa
Dahaga tetap terasa
Terus juga berpuasa
Dengan izin Yang Maha Kuasa
Pimpinan sekular tetap menyalahguna kuasa
Imannya tipis saja
Keyakinannya tipis juga
Menaruh harapan ke syurga
Puasa tetap di takuk lama
Dengan syarikat Yahudi bekerjasama
Diam ulama keduniaan
Disebabkan jawatan
Jadilah syaitan bisu
Tindakan semuanya lesu
Rakyat marhaen tetap melihat
Gelagat ulama su’
Penzalim terus dipertahankan
Ikan puyu ikan keli
Dua jenis ikan darat
Dengan ampu syurga dibeli
Tetap melarat bila ke akhirat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Julai2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan