Isnin, 8 Julai 2013

PERSIAPAN MENGHADAPI RAMADAN




Bila tiba bulan Rejab
Mulai puasa sunat Isnin dan Khamis
Mula menghadiri kuliah maghrib
Mulai yakin perkara-perkara ghaib
Contoh terbaik dosa
Dilakukan oleh jin dan manusia
Tanpa mengira bangsa
Ingin hidup bahagia
Menolak budaya syaitan
Membanggakan kaum sendiri
Tanda tak kenal diri
Perlu diperbaiki
Dengan setiap peluang ilmu dicari
Infakkan wang setiap hari
Berzikir pendinding diri
Berlindung dengan Ilahi
Bila habis Rejab
Timbullah Syaaban
Perbanyakkanlah puasa sunat
Kepada Allah hendaklah taat
Kepada Nabi banyakkan selawat
Ingat Allah setiap saat
Sentiasa bersih niat
Jiwapun kuat
Melawan pengkhianat
Mencegah maksiat
Bila ini dibuat
Datang Ramadan gembira yang amat sangat




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Julai2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan