Rabu, 24 Julai 2013

RAMADHAN KELIMA BELAS 1434H




Hari Rabu
Minggu ketiga
Kita berpuasa
Masih ada tenaga
Masih mencari ilmu
Daripada Tok Guru
Daripada pentazkirah
Mengingatkan jemaah
Kebesaran Allah
Kebenaran sunnah
Dibawa yang amanah
Yakni Rasulullah
Disekat di Hudaibiyah
Ujian dari Allah
Disekat masuk Makkah
Tahun berikut dibenarkan
Inilah asas perjanjian
Syarat-syarat menyebelahi kafir Quraish
Dengan adanya genjatan senjata
Selama 10 tahun
Dakwah Nabi berkembang
Ramai menerima Islam
Di antaranya
Khalid Al Walid
Umru bin Al-As
Kedua-duanya ikhlas
Khalid menawan Syria
Amru menawan Mesir
Menanti saja Putrajaya



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Julai2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan