Khamis, 18 Julai 2013

RAMADHAN KESEMBILAN 1434H




Hari Khamis minggu kedua puasa
Jasa ayah ingat senantiasa
Menjaga keluarga setiap masa
Empat belas semua anaknya
Kuasa Tuhan dia percaya
Mencari rezeki tugas utamanya
Membuka tanah baru
Ditanamnya pokok getah
Jadi sumber rezeki
Hasil Peperangan Korea
Harga getah melambung tinggi
Ayahku menjadi tauke getah
Hidup kami bertambah baik
Aku dihantar belajar ke Sekolah Inggeris
Di Telok Anson
Kini digelar Teluk Intan
Mula aku berdikari
Mencari ilmu hingga ke Universiti
Jasa bapaku tetapku ingati
Denganku dia banyak berbakti


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Julai2013
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan