Hari Selasa
Minggu kedua berpuasa
Terus berusaha
Mencapai puasa khusus
Menjaga rohani
Menjaga lidah
Aurat jangan terdedah
Negara berkebajikan bawa banyak faedah
Melalui pendedahan ilmu
Belajar jangan jemu-jemu
Di majlis ilmu kita bertemu
Mempelajari dari wahyu
Perlu bagi keselamatan orang Melayu
Banyakkan usaha
Sedaya upaya
Asas untuk berjaya
Perlu banyak berfikir
Disokong kuat oleh zikir
Mengingati Allah
Menyelesaikan masalah
Perlu rajin membaca
Baru dapat cahaya
Cahaya kebenaran
Dari Al Quran
Membawa banyak pengajaran
Qabil menyesal berpanjangan
Arkitek pembunuhan
Dirosakkan nafsu syahwat
Di bulan Ramadhan disediakan kemudahan
Rahmat daripada Tuhan
Membawa kesihatan
Baik jasmani dan rohani
Penyelamat manusia dari sikap hipokrit
Cakap tak serupa bikin
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Julai2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan