Rabu, 31 Julai 2013

RAMADHAN KEDUA PULUH DUA 1434H




Hari Rabu
Doakan ayah dan ibu
Dah pergi dulu
Dah banyak berjasa kepada kita
Dari kecil hingga dewasa
Dilatih kita berpuasa
Sabar melihat gelagat kita
Adakalanya kita berdusta
Belum faham lagi agama
Fikir hanya main sahaja
Fikir hanya keseronokan saja
Berbentuk hiburan
Berbentuk sukan
Belum cukup pengetahuan
Walaupun dah ke Universiti
Walaupun dah berkeluarga
Agama masih di takuk lama
Puasa masih puasa awam
Dari tahun berganti tahun
Terus memohon
Mohon kebaikan dunia dan akhirat
Nabi selalu mengingat
Buat juga yang sunat
Banyakkan selawat
Bukan tipu dakwat
Ini kerja maksiat
Dari Yahudi terima nasihat
Berniat jahat
”Dan tidak sesekali redha orang Yahudi
dan Nasrani terhadap kamu (umat Islam) selagi
kamu tidak ikut cara hidup mereka, cara hidup barat”
Wanita, arak dan hiburan
Berlakulah
Ulat bulu panjat durian
Sedap dulu sakit kemudian


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Julai2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan