Rabu, 19 Januari 2011

PANTUN COGANKATA


Orang kampung mengguna pelita
Bila tiba waktu malam
Naik semangat mendengar cogankata
Bersama kita membangun Islam

Pakai pelita mengguna minyak
Boleh terang di dalam rumah
Rejim zalim wajib ditolak
Dengan menyokong pimpinan berhemah

Minyak petrol naik harga
Barang lain turut naik
Dengan Islam bimbinglah keluarga
Boleh melahirkan pimpinan baik

Pagi-pagi mengutip daun pegaga
Jadikan ulam masa makan
Orang beriman ingin ke syurga
Menutup aurat bila bersukan

Daun pegaga mudah tumbuh
Tumbuh pula tanpa baja
Elok berjemaah solat subuh
Dilakukan oleh orang soleh saja

Wanita moden berkain belah
Kepala pula tidak bertudung
Bergaul bebas semasa di sekolah
Belum nikah sudah mengandung

Orang Indon makan jamu
Bila dimakan sihat badan
Gunakan masa menuntut ilmu
Daripada Nabi ambillah teladan

Ucapan Nabi dipanggil Hadis
Firman Allah itulah Quran
Mari selamatkan anak gadis
Daripada Seerah ambil pelajaran

Tanam sayur tanam ubi
Tanam pula ditepi paya
Mari ikut Sunnah Nabi
InsyaAllah di akhirat akan berjaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan