Isnin, 13 Julai 2015

26 RAMADHAN 1436H

Dua puluh enam Ramadhan
Hari Isnin
Hampir ke akhir puasa kita
Yang dapat Lailatulqadar tetap sukacita
Faedahnya seperti beribadat lebih dari seribu bulan
Bersamaan 83 tahun
Dari Allah terus memohon
Semoga semua dosa diampun
Semua kesilapan dimaafkan:-
            Dalam laut berenang ikan
            Ada jenis ikan yu
            Segera kerjakan kerja kebajikan
            Inilah cara membantu Melayu
Bila disebut Melayu
Bererti beragama Islam
Bercakap Bahasa Melayu
Mengikut adat istiadat Melayu
Tanpa ilmu tentulah layu
Syaitan terus merayu
Berseronok-seronok didunia ini
Kayakan kroni-kroni
Terdedah rambut bini
Di pentas politik nampak berani
Di rumah takutkan bini
Kesian manusia sebegini
Jauh dari budaya masyarakat madani



HMS Abu Bakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan