Ahad, 9 Mei 2010

SALAHKANLAH DIRI SENDIRI

Ingatan kepada pejuang Ketuanan Melayu
Bila tak ikut wahyu
Budaya jadi layu
Bahasa jadi layu

Ingatan kepada pendokong Ketuanan Melayu
Dasar PPSMI bukan dari DAP
Pencabulan pekara 152
Perlembagaan Persekutuan bukan dari DAP
Penghakisan perkara 153 bukan dari DAP
Kegagalan mencapai matlamat
100% DEB bukan kerana DAP
Pertambahan rasuah di kalangan Melayu bukan kerana DAP

Ramai mat rempit dari kalangan Melayu bukan dari DAP
Ramai penagih dadah dari kalangan Melayu bukan dari DAP
Ramai anak luar nikah di kalangan Melayu bukan dari DAP
Membanyakkan hiburan lucah dalam media masa bukan oleh DAP
Bila jiwa Ketuanan Melayu tenang tentu setuju
Semua masalah orang Melayu bukan sebab DAP
Mengapa pula ucapan anda berapi-api
Eloklah muhasabah diri
Mula-mula rujuk pekara 160
Perlembagaan persekutuan dinyatakan Melayu itu
(a)Beragama Islam (Islam tidak perkauman)
(b)Bercakap bahasa Melayu
(c)Ikut adat istiadat Melayu
Mintalah profesor-profesor dari kalangan Ketuanan Melayu
Menceritakan maksud pekara 160
Di bawah erti Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan
Terimalah dengan waras fikiran
Janganlah salahkan DAP
Janganlah salahkan PKR
Janganlah salahkan PAS


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan