Sabtu, 1 Mei 2010

PANTUN SELAMATKAN MALAYSIA

Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga
Hiburan melampau perlu dicegah,
Ikut agama selamatlah keluarga


  1. Gunung Daik bercabang tiga,
Dari jauh jelas kelihatan
Ikut agama selamatlah keluarga,
Terhindar dari godaan syaitan


  1. Dari jauh jelas kelihatan,
Gunung Everest yang masyhur
Terhindar dari godaan syaitan,
Mendengar kuliah ulamak tersuhur


  1. Gunung Everest yang masyhur,
Terletak diutara benua India
Mendengar kuliah ulamak tersuhur,
Disertai pula ramai remaja



  1. Terletak diutara benua India,
Bersempadan dengan Negeri China
Disertai pula ramai remaja,
Dengan ilmu akhlak terbina


  1. Bersempadan dengan Negeri China,
Mempunyai penduduk yang ramai
Dengan ilmu akhlak terbina,
Selamat dari tarikkan Chengmai


  1. Mempunyai penduduk yang ramai,
Tamadun rakyatnya begitu lama
Selamat dari tarikan Chengmai,
Dengan hidup mengikut agama


  1. Tamadun rakyatnya begitu lama,
Maharajanya hidup cukup mewah
Dengan hidup mengikut agama,
Gunakan puisi untuk berdakwah

  1. Maharajanya hidup cukup mewah,
Membina Tembok Besar China
Gunakan puisi untuk berdakwah,
Berkembang agama melalui pena

  1. Membina Tembok Besar China,
Dengan keringat rakyat jelata
Berkembang agama melalui pena,
Baru rakyat celik mata


  1. Dengan keringat rakyat jelata,
Menjadi antara keajaiban Dunia
Baru rakyat celik mata,
Pilih calon berakhlak mulia


  1. Menjadi antara keajaiban Dunia,
Itulah Tembok Besar China
Pilih calon berakhlak mulia,
Di Dewan Rakyat sangat berguna


  1. Itulah Tembok Besar China,
Menjadi tarikan para pelancong
Di Dewan Rakyat sangat berguna,
Mendedahkan dasar yang melencong


  1. Menjadi tarikan para pelancong,
Datang dari berbagai Negara
Mendedahkan dasar yang melencong,
Dari pimpinan yang berpura-pura


  1. Datang dari berbagai Negara,
Melihat kesan sejarah silam
Dari pimpinan yang berpura-pura,
Dengan mematuhi hukum Islam


  1. Melihat kesan sejarah silam,
Boleh juga baca buku
Dengan mematuhi hukum Islam,
Pastikan parti perkauman kaku





  1. Boleh juga baca buku,
Terutama seerah Nabi kita
Pastikan Parti perkauman kaku,
Dengan mengundi logo mata


  1. Terutama seerah Nabi kita,
Di Mekah dan di Madinah
Dengan mengundi logo mata,
Menjadi wakil Rakyat beramanah


  1. Di Mekah dan di Madinah,
Dua tempat tumpuan umat
Menjadi wakil Rakyat beramanah,
Baru Negara kita selamat


  1. Dua tempat tumpuan umat,
Berkumpul ramai dimusim haji
Baru Negara kita selamat,
Ditangan pimpinan tahan uji


  1. Berkumpul ramai dimusim haji,
Semua datang kerana Allah
Ditangan pimpinan tahan uji,
Boleh menyelesaikan banyak masalah


  1. Semua datang kerana Allah,
Menunaikan Rukun Islam kelima
Boleh menyelesaikan banyak masalah,
Bila kita semua bekerjasama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan