Ahad, 26 Ogos 2012

ASAS KEJAYAAN




Hari raya tahun ini
Penuh erti
Pilihanraya hanya menanti
Yang lama perlu diganti
Dengan pimpinan berkualiti
Bebas daripada korupsi
Bebas daripada konspirasi
Ini harapan rakyat marhaen
Lulus ujian fardu ain
Wajib bagi setiap muslim
Berguru dengan orang alim
Tersohor
Imam As-Syafie
Imam Al-Ghazali
Buku-buku mereka elok beli
Al-Umum
Ar-Risalah
Ihya Ulumuddin
Sebar ilmu
Melalui dakwah
Melalui tazkirah
Minda jadi cerah
Kesan puasa Ramadan
Peperangan Badar jadikan teladan
Dengan iman
Dengan kesetiaan
Berpanjangan
Buat suruhan tinggal larangan
Inilah asas kejayaan
Asasnya tarbiah Ramadan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1433/Ogos2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan