Bila tiba
saja Syawal
Berakhirlah
puasa Ramadhan
Bergembiralah syaitan-syaitan
Terlepas dari ikatan
Terbuka luas ruang kemaksiatan
Mudah tipu dalam pemilihan
Dengan kerjasama kakitangan kerajaan
Secara paksaan
Secara ugutan
Biar kalah Pakatan
Biar harga barang-barang naik
Biar tinggi kadar inflasi
Biar rakyat dapat kuah
Biar kroni dapat isi
Biarpun melalui rasuah
Lupakan saja desakan reformasi
Hidup kita untuk hari ini
Kumpul harta sana sini
Ikut saja cakap bini
Di luar berseronok dengan kroni-kroni
Bebas macam burung merpati
Di Paris masih ingat lagi
Lupakan yang dah mati
Di Mongolia banyak lagi penawan hati
Ini jenis puasa tak berkualiti
Inilah hipokrasi
Banyak di negara kita ini
Cakap tak serupa bikin
Rakyat sudah tak yakin
Pertukaran kuasa mereka yakin
Dengan izin Allah
Yang besar boleh kalah
Ini kali lah
Kuih-kuih raya dah ditempah
Melihat penzalim rakyat dah menyampahHMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1433/Ogos2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan