Naik teksi membayar tambang
Biasa
bagi rakyat Sabah
Berkumpul
di Kampung Sri Kelebang
Dengar
tazkirah untuk berubah
Terbang
rendah burung merbah
Hinggap
di ranting mencari ulat
Menghadapi
musuh kena tabah
Banyakkan
doa selepas solat
Ulat bulu
panjat durian
Jatuh
seekor dalam kolam
Sedap dulu
sakit kemudian
Fikirlah
wahai umat Islam
Tanam
serai tanam kacang
Tanpa
disedari tumbuh pegaga
Gerombolan
asobiyah sedang goncang
Yakin
kebaikan Buku Jingga
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadan1433/Ogos2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan