Sabtu, 4 Ogos 2012

ILHAM BODOH


Dalam setiap diri insan
Bernama manusia
Berbangsa India, Melayu dan Cina
Di antara mereka ada yang tak berguna
Membenci sesuatu kaum tanpa alasan munasabah
Puaka ini menunggu rebah
Disebabkan rasuah
Disebabkan pecah amanah
Terlalu kuat fahaman assobiyah
Berwarna hitam
Ia punya kopiah
Tinggi songkoknya
Dari rasuah jadi kaya raya
Tipu dalam pilihanraya
Orang Cina dah tak percaya
Orang India dah tak percaya
Melayu tinggal 50 % sahaja
Ke sana ke mari ketuanan Melayu dijaja
BTN medannya
Tiba tiba membenci orang Cina
Tiba tiba JI kata mereka
Sang pemfitnah menempah neraka
Tempat paling celaka
Penghuni pemilik ilham bodoh
Berkekalan mengeluh
Hanya syaitan yang menyuluh
Nasib gerombolan bodoh


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadan1433/Ogos2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan