Jumaat, 31 Ogos 2012

MERDEKA RAKYAT BEBAS RAKYAT




Merdeka rakyat bila
Akui Allah sebagai tuhan
Jauhi segala tegahan
Jauhi segala hiburan berlebihan
Didatangkan dari barat
Barat bawa 3S
Sports
Sex
Song
Tertawan Melayu yang jiwa kosong
Disebabkan pimpinan pembohong
Sports bererti sukan
Sex bererti zina
Song bererti hiburan
Perlu ada pertukaran
Di peringkat persekutuan
Boleh berbaik-baik
Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan
Buat suruhan tinggal larangan
Daftar pengundi dibersihkan
Tuntutan BERSIH 3.0
Ditunaikan
Adakan pemerhati dari negara luar
Beri MyKad kepada pendatang asing kerja mungkar
Menumbangkan pengkhianat perlu pakatan
Berpakat tiga parti siasah
Setiap diri perlu muhasabah
Dengan ilmu kenalilah diri sendiri
Iman perlu dicari
Boleh melalui kuliah maghrib
Boleh melalui kuliah dhuha
Perlu hanya berusaha
Berusaha
Dengan iman dan istiqamah
Bersumberkan sunnah
Lahirlah pimpinan beramanah
Baru hidup rakyat bermaruah
Doakan ibu dan juga ayah
Yang berada di alam barzakh
Kesan dengar dakwah
Lama-kelamaan dapat tauliah

Daripada pihak ketua agama
Membangunkan negara tugas bersama
Ini merdeka namanya
Bila PR kuasai Putrajaya
Boleh laksanakan Buku Jingga
Boleh turun semua harga
Rakyat akan senang
Bila rakyat hati senang
Inilah
Kemerdekaan sebenarnya
Kurnian daripada Allah Yang Esa
Allah pencipta sekalian alam
Berbaik-baik sesama Islam
Berbaik-baik dengan bukan Islam
Bermesra pula dengan alam
Inilah Merdeka rakyat
Inilah kebebasan rakyat
Baik dunia hingga akhirat




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1433/Ogos2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan